Followers

Friday, June 26, 2009

lobang idung

err...

1. dah abeh final exam
2. dah withdraw duit kat atm
3. dah makan chendol pulut
4. dah beli tiket balik kulim, bus plusliner, tarikh 26hb Jun, pukul 9.45 pagi
5. dah beli tiket wayang transformers, duduk barisan tiga dari hadapan..skrin sangat besar
6. dah makan kfc banyak2
7. dah tengok Transformers
8. dah minum2 kat subaidah
9. dah karoke, empat lagu ja.. xpuas lagi
10. dah jalan2 pusing dataran mentari
11. dah balik rumah sewa ss14
12. dah main fifa 09
13. dah main kad
14. dah activate balik facebook
15. dah buang semua apps kat facebook kecuali dua apps yang bakal dibuang juga
16. sedang update blog
17. belum tidur lagi
18. belum mandi lagi
19. belum sembahyang subuh lagi
20. _________

nanti la gua update lain..ni ringkasan ja...otak ni dah letih menjawab soalan final exam..

walaupun rupamu tidak ku kenal....
tetapi lobang hidongmu tetap menjadi pujaan hatiku... CUUTTT!!!

Friday, June 19, 2009

1901 Hotdog dan 19hb!

hari ini 19hb...
dan setiap 19hb, 1901 hotdog akan mengadakan jualan promosi..
dengan harga istimewa yang murah!

Click to enlarge~


Dua jenis hotdog je dijual dengan harga rm1.99 setiap satu..
kiranya, lepas dibundarkan jadi rm2 r....
dua jenis hotdog tu ialah New York Chicken and Chicago Beef..
bulan lepas aku lepak kat 1901 petronas usj 2..
order hotdog dua, soft drink satu.. baru rm5..
dua kali aku pegi hari tu..pagi ngan petang...hui3..
sebulan sekali ja weh..jom!


*Iklan dari 1901!

Every 19th of the month is Lucky 19th time! New York Chicken & Chicago Beef regular for RM 1.99 each over the usual price of RM 5.90 each. A generous offer that should not be missed!

You can take this wonderful opportunity to plan a get together with your friends and loved ones in advance. Spend time, chit chat, and have fun over our New York Chicken and Chicago Beef! Let the hot dog parties started!

Participating outlets:

Kuala Lumpur
• Suria KLCC Concourse Level
• Sogo
• Great Eastern Mall
• Ampang Point
• Midvalley Megamall
• Sungei Wang Plaza
• Low Yat Plaza
• Bangsar Pantai Medical Centre
• Gleneagles Medical Centre

Petaling Jaya
• The Curve
• Centrepoint Bandar Utama
• Tropicana City Mall (new outlet!)

Subang Jaya & Bandar Sunway
• Subang Parade
• Subang Jaya Medical Centre (SJMC)
• PETRONAS USJ 2
• Sunway Pyramid LL2
• Sunway Pyramid F1
• Monash University

Shah Alam
• GIANT Shah Alam Stadium
• Plaza Shah Alam
• TESCO Shah Alam
• PETRONAS KESAS (KL bound)
• PETRONAS Seksyen 7 Shah Alam(new outlet!)

Sri Kembangan & Cheras
• The Mines Shopping Fair (new outlet!)

Puchong
• Giant Putra Heights

Northern Region
• Gurney Plaza, Penang
• AEON Jusco Seberang Prai
• TESCO Taiping

Southern Region
• Mahkota Parade, Melaka
• Plaza Angsana, Johor Bahru

Eastern Region
• Highlands Hotel, Genting Highland

for more info on 1901, check out on their website: www.1901.com

Thursday, June 18, 2009

=)

i feel so sad in a face of smile..

Monday, June 15, 2009

This is temporary. I'll be back


just deactivated my facebook account last night at sharp 12am..

Friday, June 12, 2009

syukur...

jangan mengeluh dengan apa yang kita tidak ada..
bersyukur dengan apa yang kita ada...


janganlah mengeluh, "bila la aku nak bawa keta nih"..pabila kita hanya menunggang motorsikal Honda 125 Wave S di jalan raya..
sebab si pemandu kereta proton atau perodua mahupun lamborghini mungkin akan berkata di dalam hatinya, "kan bagus kalau aku bawak motor,boleh menyelit,xpayah sesak2,lambat p kelas/keja sebab jalan jam"

janganlah kita mengeluh bila orang lain tengah cuti,kita pulak tengah exam ataupun x start cuti lagi..
sebab student2 lain yang tengah cuti mungkin sudah bosan bercuti dan berharap agar cutinya habis cepat..

janganlah mengeluh bila kita hanya memegang handphone secanggih nokia 3315 atau n-gage qd kerana si pemegang nokia n95 mungkin teringin memiliki handphone seperti kita sebab susahnye nak menjaga hp yg mahal..kalau jatuh boleh pecah,rosak,nak repair mahal..silap haribulan boleh kena curi..

janganlah mengeluh apabila kita hanya memiliki sebuah desktop atau pc yang besar gedabak dan tak dapat bergerak ke mana2 seperti si pemilik laptop..
kerana si pemilik laptop mungkin berkata dalam hatinya,"kan bagus kalau aku beli pc", sebab laptopnya telah pun dicuri..

janganlah mengeluh pabila melihat pasangan2 muda berjalan saling berpegangan tangan sedangkan kita jalan bersendirian ataupun bersama teman2 sejenis kita
sebab pasangan itu mungkin teringin kembali single akibat masalah2 yang sering melanda pasangan sedang bercinta..

janganlah mengeluh "bila la aku nak kawin nih", pabila melihat kawan2 kita dah berkahwin dan ada yang dah ada anak pun..
sebaliknya, kau bersabar lah..jodoh kau akan tiba jua.. hahahaha :P

ape lagi ek..
ntah,aku pun tak tau nak pikir contoh apa lagi..
haha..
contoh2 di atas hanyalah sekadar contoh..
renungkanlah apa yang tersirat di sebaliknya..
kalau tak faham jugak, sila hubungi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk penjelasan lebih lanjut k..
sekian..

Hadapi Dengan Senyuman

Dewa 19

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


2 jam sebelum menduduki peperiksaan akhir ku...

Thursday, June 11, 2009

adoyai

pening..pening...
hari ni rumah dimasuki pencuri lagi..
kasut mahal kawan ku hilang...
pencuri tu memang nak mati..

aku pergi monash untuk berstudy..
study kat library...
print out past year question..
study..study..study..

turun bawah print out lagi satu set past year paper..
lepas stapler terus aku naik atas study..
pendrive aku tertinggal kat pc library..
aku tak tau apa jadi kat pendrive aku..
apa nak jadi..jadilah..

tak dak mood nak study..
balik rumah terus mandi..
mengadap depan pc..baca2 blog..terasa ingin study lagi..
memang la kena study,esok ada paper biochem..banyak lagi kot tak cover..

nak kol kawan..kredit takdak..
simpan je la kredit, bley kol mak..
esok paper aku tengah hari time semayang jumaat..
.....x dak plak sapa2 mintak extend waktu exam.. lol

apa lagi aku nak tulis ni..
aku sendiri pun tak pasti..
baik aku sambung study..
setakat ini sajalah coretan ku untuk kali ini..
nanti aku sambung lagi..

Wednesday, June 10, 2009

Exam

Exam?
perkara biasa...
sejak tadika lagi dah start amek exam..so,perkara biasa la kan..

tapi, sejak aku masuk Monash..
start dari 1st sem..
asal tiba je waktu final exam...
perkara-perkara luar biasa pasti berlaku..
kejadian-kejadian tak diingini, datang tanpa diundang..
acapkali mengganggu tumpuanku untuk mengulangkaji pelajaran..
apa yang mampu aku lakukan hanyalah bersabar..
huhuhu...

Friday, June 5, 2009

tick..tick..


3.30 am
.
.
4.30 am
.
.
5.30 am
.
.
6.00 am
.
.

my eyes just couldn't sleep

Magic botol terbang! (Breaking the Magician's Code)

video

a bottle is floating! trying to escape from the magician's (David Kuprum, bukan nama sebenar) hand
how can a bottle density be lighter than the air? hmm... :P

keboringan..tetapi masih di tahap terkawal..
study mode!

Monday, June 1, 2009

Lompat kelas, lompat motor..

Bismillah...

Yosh! dah masuk bulan 6! lagi 11 hari sebelum final exam! hemoih3...
hmm...aku nk tulis satu cerita la..
ni cerita heppy..tapi ending dia sedih sket r..
cerita time aku darjah 3 dulu laar..kan aku ade cakap sebelum ni aku pernah accident kan.. so, camni la lebih kurang cerita dia..aku pun x berapa ingat sangat sebenarnya

Waktu tu tahun 1998..aku darjah 3 time tu..seorang pengawas dan ketua darjah..haha!
Aku amek PTS dulu time darjah 3.. ntah ape ntah PTS tu..Penilaian Tahap Satu ke??? iye la kot..
pastu, satu hari tu..semua orang tengah sibuk2 r kat sekolah, wat persiapan sebab esok tu ada Hari Penyampaian Hadiah, kalau tak silap aku lar..aku pun ada la jugak dok menyibuk kat dewan tu..
pastu ustazah aku datang, bagitau yang aku lulus PTS tuh...ape yang best sangat pasal PTS tu? sape yang lulus..maksudnya dia tak payah masuk darjah 4, boleh terus lompat kelas pegi darjah 5.. waktu tu rasa macam excited jugak la..tak sabar nak balik bagitau mak abah..

Dah abis waktu sekolah, aku pun gerak la balik rumah..sampai2 rumah, parents aku tak ada..ada abang aku nazirul..kakak aku ada jgk kot..aku pun dengan masih berpakaian seragam sekolah, ajak la nazirul naik motor..dia waktu tu baru darjah 5..kira nak naik secara haram r nih..sebab abah aku takde kt rumah..

Kami berdua pun naik la motor Honda petak abah aku tu,abang aku bawak aku kat belakang...pegi la ronda2 kat Taman Merak..taman atau kawasan perumahan yang aku duduk dari tahun 1996 sampai sekarang..
budak2 lagi waktu tu,biasa la mana tahu peraturan jalan raya,sampai kat satu selekoh (T-junction), abang aku main amek ja la selekoh tu (corner baring punye)..tak stop dulu..
belok r belah kanan..tetiba ada kereta warna kuning datang dari arah bertentangan..(apa yang aku nampak la)
semuanya terjadi dengan begitu pantas sekali...aku duduk belakang,memang tak ready pape..tp memang aku sempat terlihat kereta warna kuning..pastu pandangan aku jadi gelap..(x sempat berlanggar lagi pun)..mungkin aku terkejut ke ape.aku pun tataw ape jadi..(last2 terbaring trus)..

Pastu,aku sedar ada orang angkat tubuh aku yang lemah longlai time tu,masuk dalam sebuah kenderaan..tapi aku tak boleh bukak mata..just dengar and rasa je..kepala aku memang rasa berdenyut ja time tu..xtaw pun apa yg jd sebenarnya..
pastu ada la saudara ni,yg pegang aku tu la,dia tanya2 la aku..macam intebiu r..(tanya ape ntah x ingat lak..huhu)..pastu aku tak sedar balik..

Then aku tersedar lagi,still xbley bukak mata..tapi aku rasa mcm tengah diusung atas katil beroda tu..usung pegi mana tak tau lar..wad kecemasan kot..pastu dah stop, aku rasa diorang gunting je uniform sekolah aku (mana ada masa nak bukak butang satu2..huhuhu)..then aku tak sedarkan diri dah..

Sedar2 je, time tu dah malam, aku tengok mak aku ade ngah tidur kat kaki aku,aku kat hospital rupanya.. part ni sedih la..huhuhu then aku tidur balik..
esok pagi aku bangun, emm..ntah aku pun da tak berapa ingat ape jadi..
badan aku lemah,kepala aku rasa berdenyut,aku raba2 kepala aku rasa lain macam je..then aku nak pegi bilik air kot..ntah bile ntah aku tengok cermin,nampak la rambut aku botak sebelah, kepala aku kena jahit..senget abes muka aku..haha

Aku pun tak tahu apa jadi time accident tuh,mungkin aku terjatuh and kepala aku terhantuk kat something yang keras. kalau tengok jahitan tu,memang macam terkopak r kot kulit kepala aku tu..sebab tu la kena jahit..panjang jugak,tapi aku tak ingat berapa jahitan dia..Aku duduk kat hospital tu 2 hari 2 malam kalau tak salah..kejap je..tak sempat pun nak berkenalan ngan nurse2 kat situ..ekekeke balik la dengan kehampaan..haha (xde lah,tokok tambah je..ngeh3)

Banyak lagi la cerita di sebalik kemalangan tu..tapi tak daya la aku nak cerita semua..aku pun bukannya ingat sangat, kang jadi tak betul lak cerita aku nih..huhu
cerita sikit2 sudey..kalau sapa2 tak tahu asal usul parut kat kepala aku, ni lah dia ceritanya..kalau rambut aku panjang sket, x nampak la parut nih..kalau aku baru lepas potong rambut,memang nampak clear la..pastu mesti ramai je yang tanya..huhu aku pun tak larat nak cerita..kadang2 aku cakap je kena gigit harimau..hahaha

So, tahun tu memang aku tak pegi la Hari Penyampaian Hadiah..adiah aku tu,abah aku p amek kot..Motor Honda petak abah aku tu memang hancur r kot..tapi repair balik..haha masih ada,elok lagi,boleh ditunggang lagi sampai sekarang..Dah bape kali modified pun tak tau la..Satu benda ja yang tak hilang, parut kat kepala aku ni laaar..memang tiap2 kali aku tengok pun,terus jadi peringatan buat diri sendiri..huhu


Jadi la tu sikit2,nak study pulak..
Yang mana elok,amek la..
yang tak elok tu,buang jauh2 k..
sekian saja dari saya..