Followers

Sunday, January 24, 2010

fesbuk?

Perkara pertama yang akan anda lakukan sebaik sahaja anda login ke akaun facebook adalah melihat penjuru bawah kanan anda, belon berwarna merah dan terdapat angka di tengahnya.

Betul kah?

Tak tahu la betul ke tak kan.
Tapi untuk aku, ya memang itulah perkara pertama yang akan aku lakukan. Haha

hmm.. maybe sebab aku tak kasi fesbuk send notification kat email aku..dan aku memang jarang check email..
so, bila aku online fesbuk ja mesti nak tgk bahagian notification..
haha... rasa mcm dah addicted fesbuk plak..
dammnnnnnnnnnnnnn
memang dah addicted pun..
demam2 pun sempat lagi bukak fesbuk
haihh..lepas ni kena kurangkan aktiviti merapu di fesbuk r..
huhuhuhuhuhu

Friday, January 22, 2010

bundle

'bundle shop' atau dalam bahasa melayu nya lebih dikenali sebagai kedai barangan terpakai ni memang sudah tidak asing lagi la bagi aku..
time xdak duit ja, sini la tempat aku nk shopping.. haha..
sapa kata baju bundle xdak yang lawa..
siap branded lagi.. bukan cap ayam punya..
murah pun murah..
sehelai RM5 pun boleh dapat.. tu pun ada yang lagi murah..
bergantung kepada keadaan item itu r..
yang mahal pun ada.. tgk jugak la ke'rare'an item itu kan. hehe
kat Kulim memang banyak kedai menjual barang2 bundle nih..
tapi aku rasa kat mana2 pun memang ada punya la kedai bundle..
koleksi baju+seluar bundle yg aku beli dah berapa banyak pun tak tau la..
time ada duit lebih boleh la shopping kat Sunway Pyramid..
selalu bila time balik Kulim ja, duit mesti dah nak habis sebab belanja sakan kat KL
jadi, kat Kulim nih bley shopping kat kedai bundle je la.. haha
duit masuk baru la bley jalan2 p Penang!
semalam aku baru ja p ushar2 kedai bundle kat sekitar Kulim dengan member aku, Iman, seorang peminat pakaian bundle jgk..
4 kedai jugak r kitorang terjah..
last2 angkat sorang dua helai..
dapat jugak angkat t-shirt Paul Frank sehelai.. walaupun Iman yang nampak dulu, tapi dia bagi can aku angkat r sebab dia pun dah ada t-shirt Paul Frank, bundle jugak.

hmm.. takat ni dulu la cerita aku..chow~

demam

tadi pegi jumpa doktor..
suhu badan mencecah 38.8oC..
tapi x de batuk atau selsema..
adik aku si Danial baru sembuh demam campak minggu lepas..
hari ni adik aku si Fatin plak kena demam campak tapi sikit je sebab kecik2 dulu dia dah kena..
aku plak xpenah kena demam campak lagi..
tapi kat badan aku tak ada la tanda2 akan kena demam campak..
haha harap2 tak kena la..
malas nak layan..

Wednesday, January 20, 2010

huhu

kenapa aku selalu buang masa?

astaghfirullahalazim

Thursday, January 14, 2010

Melancong atau Membeli-belah

Apa yang akan anda lakukan jika anda punyai sejumlah wang untuk dibelanjakan dan anda hanya diberi dua pilihan iaitu melancong atau membeli-belah??

Bagi aku la kan, membeli-belah tu bagus selain dapat mengenakan pakaian dan aksesori baru, dapat juga bergaya, tak la orang cakap kita ni hari2 pakai benda yang sama ja, dapat menggantikan barang2 lama, barang yang sudah buruk boleh dibuang dan diganti baru, boleh mencuba fesyen terbaru, mengubah penampilan diri dan sebagainya. Hmm, banyak jugak faedahnya. Tapi, kalau setakat bergaya tapi poket kosong pun tak guna juga (ingat, ni pendapat aku je k, mungkin ditujukan kepada diri sendiri juga).

Bagaimana pula dengan melancong atau bercuti?Ini memang satu idea yang sangat menarik! Bercuti sambil menimba pengalaman. Bagiku, pengalaman merupakan sesuatu yang amat berharga. Walaupun mungkin mengambil masa yang singkat, tetapi kenangan dan pengalaman sewaktu bercuti akan diingat sampai bila2.

Itulah aku, dalam dilema. Nak bercuti ke nak bershopping? Sebelum Chinese New Year ni confirm ada sale. Tapi, member2 aku mesti ada plan nak g bercuti kat mana2 before start sem baru nanti.

Hmm, tapi aku lagi prefer melancong sebenarnya. haha saja la aku nak post entry ni. Ye la, aku ni bukan lah dari golongan yang berada. Duit yang ada tidak lah sebanyak mana. Terpaksa dibahagi-bahagikan untuk keperluan dan kehendak. Lagi satu aku ni bukan jenis simpan duit. Duit elaun Mara kasi tiap2 awal bulan, sampai hujung bulan ja mesti abes. Hehe

Tuesday, January 12, 2010

aku


kuat

berangan




oh yeah

baru sampai rumah malam tadi pukul 9.45 camtu..
mak, abah, fatin, kakak ngan danial baru balik dari kedai makan time amek aku kat stesen bus..
bungkus kan aku sebungkus nasi lemak yang sedap dan mengenyangkan(x pasti ejaan)..
danial kena demam campak plak..
xleh la dekat2 dengan aku..
sebab aku pun x pernah kena demam campak lagi! haha..
semalam aku tertido awal dengan lampu terpasang..
tiba2 terjaga pukul 2 pagi camtu..
tension aku xleh tido balik..
nak sms ngan sapa pun x tau..
confirm la semua dah tido..
sebab hari ini ada kelas/kerja/sekolah..pfft..
aku ja la yg cuti secuti cutinya..
hehehe :P