Followers

Friday, June 12, 2009

syukur...

jangan mengeluh dengan apa yang kita tidak ada..
bersyukur dengan apa yang kita ada...


janganlah mengeluh, "bila la aku nak bawa keta nih"..pabila kita hanya menunggang motorsikal Honda 125 Wave S di jalan raya..
sebab si pemandu kereta proton atau perodua mahupun lamborghini mungkin akan berkata di dalam hatinya, "kan bagus kalau aku bawak motor,boleh menyelit,xpayah sesak2,lambat p kelas/keja sebab jalan jam"

janganlah kita mengeluh bila orang lain tengah cuti,kita pulak tengah exam ataupun x start cuti lagi..
sebab student2 lain yang tengah cuti mungkin sudah bosan bercuti dan berharap agar cutinya habis cepat..

janganlah mengeluh bila kita hanya memegang handphone secanggih nokia 3315 atau n-gage qd kerana si pemegang nokia n95 mungkin teringin memiliki handphone seperti kita sebab susahnye nak menjaga hp yg mahal..kalau jatuh boleh pecah,rosak,nak repair mahal..silap haribulan boleh kena curi..

janganlah mengeluh apabila kita hanya memiliki sebuah desktop atau pc yang besar gedabak dan tak dapat bergerak ke mana2 seperti si pemilik laptop..
kerana si pemilik laptop mungkin berkata dalam hatinya,"kan bagus kalau aku beli pc", sebab laptopnya telah pun dicuri..

janganlah mengeluh pabila melihat pasangan2 muda berjalan saling berpegangan tangan sedangkan kita jalan bersendirian ataupun bersama teman2 sejenis kita
sebab pasangan itu mungkin teringin kembali single akibat masalah2 yang sering melanda pasangan sedang bercinta..

janganlah mengeluh "bila la aku nak kawin nih", pabila melihat kawan2 kita dah berkahwin dan ada yang dah ada anak pun..
sebaliknya, kau bersabar lah..jodoh kau akan tiba jua.. hahahaha :P

ape lagi ek..
ntah,aku pun tak tau nak pikir contoh apa lagi..
haha..
contoh2 di atas hanyalah sekadar contoh..
renungkanlah apa yang tersirat di sebaliknya..
kalau tak faham jugak, sila hubungi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk penjelasan lebih lanjut k..
sekian..