skip to main |
skip to sidebar
Perkara pertama yang akan anda lakukan sebaik sahaja anda login ke akaun facebook adalah melihat penjuru bawah kanan anda, belon berwarna merah dan terdapat angka di tengahnya.
Betul kah?
Tak tahu la betul ke tak kan.
Tapi untuk aku, ya memang itulah perkara pertama yang akan aku lakukan. Haha
hmm.. maybe sebab aku tak kasi fesbuk send notification kat email aku..dan aku memang jarang check email..
so, bila aku online fesbuk ja mesti nak tgk bahagian notification..
haha... rasa mcm dah addicted fesbuk plak..
dammnnnnnnnnnnnnn
memang dah addicted pun..
demam2 pun sempat lagi bukak fesbuk
haihh..lepas ni kena kurangkan aktiviti merapu di fesbuk r..
huhuhuhuhuhu
'bundle shop' atau dalam bahasa melayu nya lebih dikenali sebagai kedai barangan terpakai ni memang sudah tidak asing lagi la bagi aku..
time xdak duit ja, sini la tempat aku nk shopping.. haha..
sapa kata baju bundle xdak yang lawa..
siap branded lagi.. bukan cap ayam punya..
murah pun murah..
sehelai RM5 pun boleh dapat.. tu pun ada yang lagi murah..
bergantung kepada keadaan item itu r..
yang mahal pun ada.. tgk jugak la ke'rare'an item itu kan. hehe
kat Kulim memang banyak kedai menjual barang2 bundle nih..
tapi aku rasa kat mana2 pun memang ada punya la kedai bundle..
koleksi baju+seluar bundle yg aku beli dah berapa banyak pun tak tau la..
time ada duit lebih boleh la shopping kat Sunway Pyramid..
selalu bila time balik Kulim ja, duit mesti dah nak habis sebab belanja sakan kat KL
jadi, kat Kulim nih bley shopping kat kedai bundle je la.. haha
duit masuk baru la bley jalan2 p Penang!
semalam aku baru ja p ushar2 kedai bundle kat sekitar Kulim dengan member aku, Iman, seorang peminat pakaian bundle jgk..
4 kedai jugak r kitorang terjah..
last2 angkat sorang dua helai..
dapat jugak angkat t-shirt Paul Frank sehelai.. walaupun Iman yang nampak dulu, tapi dia bagi can aku angkat r sebab dia pun dah ada t-shirt Paul Frank, bundle jugak.
hmm.. takat ni dulu la cerita aku..chow~
tadi pegi jumpa doktor..
suhu badan mencecah 38.8oC..
tapi x de batuk atau selsema..
adik aku si Danial baru sembuh demam campak minggu lepas..
hari ni adik aku si Fatin plak kena demam campak tapi sikit je sebab kecik2 dulu dia dah kena..
aku plak xpenah kena demam campak lagi..
tapi kat badan aku tak ada la tanda2 akan kena demam campak..
haha harap2 tak kena la..
malas nak layan..
kenapa aku selalu buang masa?
astaghfirullahalazim
Apa yang akan anda lakukan jika anda punyai sejumlah wang untuk dibelanjakan dan anda hanya diberi dua pilihan iaitu melancong atau membeli-belah??
Bagi aku la kan, membeli-belah tu bagus selain dapat mengenakan pakaian dan aksesori baru, dapat juga bergaya, tak la orang cakap kita ni hari2 pakai benda yang sama ja, dapat menggantikan barang2 lama, barang yang sudah buruk boleh dibuang dan diganti baru, boleh mencuba fesyen terbaru, mengubah penampilan diri dan sebagainya. Hmm, banyak jugak faedahnya. Tapi, kalau setakat bergaya tapi poket kosong pun tak guna juga (ingat, ni pendapat aku je k, mungkin ditujukan kepada diri sendiri juga).
Bagaimana pula dengan melancong atau bercuti?Ini memang satu idea yang sangat menarik! Bercuti sambil menimba pengalaman. Bagiku, pengalaman merupakan sesuatu yang amat berharga. Walaupun mungkin mengambil masa yang singkat, tetapi kenangan dan pengalaman sewaktu bercuti akan diingat sampai bila2.
Itulah aku, dalam dilema. Nak bercuti ke nak bershopping? Sebelum Chinese New Year ni confirm ada sale. Tapi, member2 aku mesti ada plan nak g bercuti kat mana2 before start sem baru nanti.
Hmm, tapi aku lagi prefer melancong sebenarnya. haha saja la aku nak post entry ni. Ye la, aku ni bukan lah dari golongan yang berada. Duit yang ada tidak lah sebanyak mana. Terpaksa dibahagi-bahagikan untuk keperluan dan kehendak. Lagi satu aku ni bukan jenis simpan duit. Duit elaun Mara kasi tiap2 awal bulan, sampai hujung bulan ja mesti abes. Hehe
baru sampai rumah malam tadi pukul 9.45 camtu..
mak, abah, fatin, kakak ngan danial baru balik dari kedai makan time amek aku kat stesen bus..
bungkus kan aku sebungkus nasi lemak yang sedap dan mengenyangkan(x pasti ejaan)..
danial kena demam campak plak..
xleh la dekat2 dengan aku..
sebab aku pun x pernah kena demam campak lagi! haha..
semalam aku tertido awal dengan lampu terpasang..
tiba2 terjaga pukul 2 pagi camtu..
tension aku xleh tido balik..
nak sms ngan sapa pun x tau..
confirm la semua dah tido..
sebab hari ini ada kelas/kerja/sekolah..pfft..
aku ja la yg cuti secuti cutinya..
hehehe :P
tak jadi balik kulim petang tadi..
hujan lebat..
maybe balik esok..
tak tahu lagi pagi ke petang..
bergantung kepada bila aku bangun tidur..
harap2 leh balik pagi..
hehe..
gud nite..
kali ini di Kuantan..
aku tak reti nak story panjang2 r..
so aku ringkaskan je la ek..
selasa aku gerak g Kuantan ngan Jubei, Baloo, Naqib dan Qasim
sampai sana lepak rumah Imp, pastu berkenalan dengan Bazzer
karaoke kat rumah dia sampai tak ingat dunia..
malam kuar g makan, berkenalan pulak dengan awek Kuantan, Nadrah.
Lepas tu jalan2 di Teluk Chempedak..tapi Nadrah tak ikut
sempat skodeng satu couple ni sedang berasmara dana..
pastu lepak2 pekena shisha sambil main kad..berkenalan pula dgan abg sedara Imp, iaitu Boy.
aktiviti seterusnya adalah ghosthaunting di Bay Route..
then minum2, ghosthaunting kat kubur cine plak..
balik umah Imp, tido..
Rabu pagi aku teman Imp hantar kakak die, Nadiah, ke tempat kerjanya..
Lepas tu balik rumah sambung tido..
Bangun tido, sambung karaoke lagi, pastu jamming..
then Nadrah datang, kitorang siap2 nak g Cherating
sampai Cherating dah petang.. mandi2 sket..
pastu main bola pantai..
then siap2 nak balik..
Lepas tu kitorang g makan kat restoran Zuzana, tapi Nadrah tak bley join..
lepas makan terus kitorang balik rumah Imp..
sambung karoke sampai mengantuk..sampai dah boring dah karoke..
then naik atas, celebrate birthday Qasim..memang dia kena pukul abes..
dengan bantal je la..hihi pastu kacau Bazzer..
hari tu bukan birthday Bazzer,tapi dia kena pukul jugak dengan bantal sebab dia tidur nyenyak sangat. haha
then kitorang borak2 je..cerita hantu sket.. akhirnya tidur juga..
Hari Khamis memang semua orang bangun lambat..
Makan tengah hari kat umah Imp, ada nasi dagang dan nasi minyak..
Siap2 nak balik..
Plan nak g Air Terjun Bekelah, tapi akhirnya pegi Hutan Lipur Teladas..
kawasan tu memang dah ditinggalkan orang, xde orang langsung dan kemudahan semua dah tak terjaga
kitorang mandi la kejap, then boring2 kitorang wat la video klip untuk lagu Suratan atau Kebetulan..nantikan je la.. haha
pastu balik la kL..
aku tertidur dalam kereta..
sampai2 je dah kat area Melawati, kitorang singgah KFC jap..
lepas tu g hantar Naqib balik umah dia..
then tembak g subang jaya, lepak kt USJ 9, pekena shisha..jumpa Buyong, Manjung, Nadir dan lain-lain..
pastu balik rumah Jubei, tido umah dia..
Jumaat pagi memang diisi dengan aktiviti tidur..
bangun2 terus mandi siap2 g solat jumaat..
lepas Jumaat siap2 nak g mandi kat sungai gabai plak..
mula2 g amek Naqib and Buyong
pastu terus gerak ke sungai gabai..
sampai sana air memang keruh gila sebab baru lepas hujan kot.
mandi je la.. then Berger dan Kee-in sampai..
mandi dan mandi dan mandi la dlm air yg kotor tuh..huhu alang2 dah sampai..
lepas mandi, gerak g kampung baru, makan nasi lemak..
then g jalan damai, lepak2 kat situ pekena shisha..
lama jgk lepak..datang la Manjung, saudara Mukrim dan lain-lain..
Aktiviti seterusnya adalah Ghosthaunting..di pagi Sabtu
lagi2 ghosthaunting..aku pun tak tau ape yg dicari..tapi ikut je la.
lokasi pertama adalah sebuah rumah banglo besar nak mampus yang telah ditinggalkan..
tapi x masuk sebab ada bumbung runtuh yg menghalang laluan tangga masuk ke rumah tersebut..and risau jugak takut polis datang, so blah le..
lokasi seterusnya aku x sure nama tempat tu..tapi ianya sebuah jalan yang kecil dan gelap..
lokasi terakhir kat kubur cina bukit antarabangsa..
semua orang x nampak pape, tapi Naqib je la ternampak objek putih bergerak..
then kitorang pun chow..
hantar Naqib ngan Buyong..pastu aku, Baloo ngan Jubei balik la subang..
lepak umah Jubei.. Manjung and Mukrim pun ada..tapi tak tau bila diorang balik..
bangun tengah hari diorang dah takde..
tengah hari tu makan kat umah Jubei, nasi kerabu terbaik pnya..
pastu Jubei hntar aku balik umah..
haji muaz ade kt umah aku lepak ngan herul
smpai umah aku online la kejap..install update sume, then hujan lebat gila petang tu..aku pun tido la..bangun2 dah dekat pkul 9 malam dah..
hujan masih tak berhenti..tunggu hujan reda sket,kitorang gerak g makan..aku, herul, fareez and farox..balik umah online, then tido...
tu je la kot aktiviti2 aku.. haha
hari ni ahad..
petang ni aku nak balik kulim dah..
perlu ke upload gambar?
haha..malas la.. :P
kat post bawah2 ni ade la plak pasal gua dah janji nk cerita apa aktiviti gua yg busy sgt ni kan sampai dah lama x update blog kan..
haha
padahal x busy mane pun.. malas je..
gua story ringkas je la k
itu hari gua pegi penang..member gua ajak lepak hotel.. 2 malam jugak r..
pastu selang sehari, gua pegi pangkor plak ngan family gua..
pastu ada kenduri dan sebagainya..
then gua teman kakak gua pegi Bertam, ada Special Olympics, kakak gua jadi ajk hadiah..3 hari jugak r kan..
lepas tu gua datang kL.. pegi tengok konsert Rock the World 9 r..
pastu shopping.. year end sale..
new year xde plan pa pe pun.. g dinner kat restoran murni, pastu tengok fireworks kat sunway lagoon..
skang dah seminggu dan dua hari gua kt kl ni..lepak2 jumpa member, download movie, main game, dan tengok movie..
hujung minggu ni gua ingat gua nak balik kulim r..
pasal adik gua tiap2 hari call tanya bila nak balik kan..
hahaha rindu plak kt dia..
takat ni je la cerita gua..
lu pe hal..
rilex sudah.. hahaha (poyo la penulis ni)
sekian
no new year resolution..
tapi since abah suruh prepare jugak..
aku prepare satu je la..
nak habiskan degree bulan 11 ni..x nak kantoi mana2 unit dah..
(pasal sebelum ni aku dah kantoi satu unit) hehe..
supposedly next sem is my last sem..
tapi apakan daya, tersasar sedikit dari landasan..
kena la extend satu sem.. demi untuk me'repeat' satu unit je..
so, InsyaAllah bulan 11 ni aku tamat degree..
tolong doakan sama untuk aku dan kawan2 k :)