Followers

Thursday, January 14, 2010

Melancong atau Membeli-belah

Apa yang akan anda lakukan jika anda punyai sejumlah wang untuk dibelanjakan dan anda hanya diberi dua pilihan iaitu melancong atau membeli-belah??

Bagi aku la kan, membeli-belah tu bagus selain dapat mengenakan pakaian dan aksesori baru, dapat juga bergaya, tak la orang cakap kita ni hari2 pakai benda yang sama ja, dapat menggantikan barang2 lama, barang yang sudah buruk boleh dibuang dan diganti baru, boleh mencuba fesyen terbaru, mengubah penampilan diri dan sebagainya. Hmm, banyak jugak faedahnya. Tapi, kalau setakat bergaya tapi poket kosong pun tak guna juga (ingat, ni pendapat aku je k, mungkin ditujukan kepada diri sendiri juga).

Bagaimana pula dengan melancong atau bercuti?Ini memang satu idea yang sangat menarik! Bercuti sambil menimba pengalaman. Bagiku, pengalaman merupakan sesuatu yang amat berharga. Walaupun mungkin mengambil masa yang singkat, tetapi kenangan dan pengalaman sewaktu bercuti akan diingat sampai bila2.

Itulah aku, dalam dilema. Nak bercuti ke nak bershopping? Sebelum Chinese New Year ni confirm ada sale. Tapi, member2 aku mesti ada plan nak g bercuti kat mana2 before start sem baru nanti.

Hmm, tapi aku lagi prefer melancong sebenarnya. haha saja la aku nak post entry ni. Ye la, aku ni bukan lah dari golongan yang berada. Duit yang ada tidak lah sebanyak mana. Terpaksa dibahagi-bahagikan untuk keperluan dan kehendak. Lagi satu aku ni bukan jenis simpan duit. Duit elaun Mara kasi tiap2 awal bulan, sampai hujung bulan ja mesti abes. Hehe

8 comments:

nurulnadiah said...

amboiii..banyaknyaa duit

acapkali said...

banyak ka?
haha.. aku bagi contoh la. rm300 banyak x?
bagi aku memang cukup untuk sekali shopping atau sekali g melancong dlm malaysia..hehe

::SizuKa:: said...

aku suka melancong! tambah2 p pulau. perghhhh!!~ masyuk tau...


shoping tak sangat. huhu. aku tak dibenarkan shoping melampau-lampau. nanti barang aku bertambah banyak. tak tau nak letak mana. kang mak aku marah bawa balik baju-baju lama letak kat rumah. dia penat nak susun. menyemak katanya. lainlah kalau aku ada rumah sendiri. wakakak~

acapkali said...

hahaha
nanti hg dah ada rumah sndiri, wardrobe sndiri leh la shopping puas2 kan kan.. hahaha

nurulnadiah said...

byk arr tuh, kalo shoppong mmg puas gle ahh

kalo melancong pon ok laa...haha, jom g langkawi..haha

ISMAWARNI said...

g shopping acap!

::SizuKa:: said...

hahha. sure! if my future husband poket tebal. hohoho~

Anonymous said...

Est-ce possible? Je suis à la suite de deux comptes Blogspot en utilisant mon compte Twitter. Mais quand je regarde mon fil de nouvelles Twitter, je ne vois jamais de mises à jour ou l'autre de ces Blogspots (et ils ont été mis à jour). Y at-il un paramètre que je dois changer, ou est-ce même pas possible de le faire?.