Pertolongan ke atas mayat
Pertolongan ke atas mayat mempunyai manfaat bagi mukmin sebelum dia dikuburkan antaranya ialah menyembahyangkan jenazah tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Tidak seorang pun dari mayat seorang muslim yang ikut menyembahyangkan seratus orang yang seluruhnya ikut mendoakannya, melainkan beroleh syafaat padanya." [Riwayat Muslim, Tarmizi, Nasai]
Jenazah seorang muslim berhak mendapat keampunan Allah jika sahabat, jiran serta keluarganya menyembahyangkannya dengan ikhlas serta mendoakannya. Dengan syarat jumlah yang menyembahyangkannya mencapai 100 orang apalagi jika lebih dari itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. lagi yang bermaksud:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Tidaklah dari seorang muslim yang mati ikut serta menyembahyangkannya 40 orang laki-laki yang tidak syirik kepada Allah dengan sesuatu, melainkan diterima syafaat mereka ke atas si mati." [Riwayat Muslim, Abu Daud]
Hadis yang di atas menerangkan, bahawa mereka yang ikut menyembahyangkan jenazah itu adalah di atas dorongan kasih sayang serta simpati terhadap si mati. Setiap yang menyembahyangkannya itu memang mengharapkan agar Allah memberikan keampunan kepada si mati dan keredaannya. Mereka yang menyembahyangkan si mati bukanlah kerana ada maksud lain tetapi mereka menyembahyangkannya dengan penuh keikhlasan agar si mati mendapat keampunan dan keredaanNya.
Persoalan syirik mempunyai erti yang begitu luas. Mengumpul harta benda dunia sebanyaknya dengan jalan yang halal janganlah sehingga ia membawa engkau kelembah yang syirik. Tetapi bawalah bersyukur kepada Allah. Jika gagal atau tidak berhasil dalam usaha mencari kekayaan janganlah menjadi orang yang berputus asa dan berburuk sangka terhadap Allah.
Ingatlah, bahawa berputus asa adalah hal yang tidak disukai oleh Allah. Dan ini termasuklah dalam golongan manusia yang berburuk sangka terhadap Allah. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari perkara yang dapat mempengaruhi kita sehingga membawa kepada kemusyrikan. Segeralah bertaubat kepada Allah sebelum Malaikat maut datang mencabut nyawa.
Berputus asa adalah seolah-olah menuduh Allah tidak mampu memberikan apa yang diminta kepadaNya serta menuduh Allah tidak pemurah dan tidak adil.
Oleh: Mohd Isa Jalil B.A. (U.K.M), Menuju Alam Baqa Kenikmatan, Kesengsaraannya, dan 114 Wasiat Rasulullah S.A.W. , m.s 66-67.
jadi,marilah sama-samalah kita memuhasabah diri kita, jangan sekali-kali cepat berputus asa, dan jauhilah syirik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
heh..bgsnyer~~nnti ak dah xder tlg doakan ak juger ek~~
Post a Comment